Tuesday, January 17, 2012

Petua Rambut Menawan


Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil eberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.

Cara untuk mengatasi masalah kelemumur dan mengatasi masalah keguguran rambut ialah dengan menggunakan buah mengkudu. Ambi tiga biji buah mengkudu yang telah masak dan buah zaitun yang telah ranum. Hancurkan buah mengkudu dan zaitun yang masak itu dengan air panas. Kemudian sapukan rata-rata di kepala biarkan selama 15 minit barulah dicuci dengan air limau nipis. Jika dilakukan selama dua minggu berturut-turut, Insya Allah masalah kelemumur dan keguguran rambut akan selesai.

Menghitamkan dan memanjangkan rambut, ambil separuh isi kelapa dan bakar sampai hangus, kemudian diparut. campurkan sedikit air, ramas dan kacau sehigga air dan isi kelapa parut sebati. lumurkan ke seluruh rambut dan biar 15 minit sebelum disikat bagi membuang hampas yang melekat pada rambut. jika sering diamalkan, rambut kelihatan hitam menawan.

Melebatkan rambut, ambil segenggam daun bunga teh yang biasa ditanam menjadi pagar rumah. tumbuk atau kisar agak kasar. selepas dicampur sedikit air (supaya agak cair), sapukannya pada seluruh rambut dan akar rambut, bungkus dengan tuala bersih dan biarkan semalaman. seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. cuci pada sebelah pagi.

No comments:

Post a Comment