Masa pergi PLKN di Bau, Sarawak dulu, saya banyak kali dengar pasal sejenis ulat ni, dikenali sebagai ulat mulong atau pun ulat sagu. Ulat ni ada di pokok-pokok sagu, saya pun tak pernah tengok secara live hehe. Ada kawan saya orang Bidayuh, die cakap sedap hehe. Teringin? Tak, saya tak pernah teringin kot hahaha. Kat Sarawak agak popular ulat ni, dan tak terkecuali ada jugak orang Islam yang makan ulat ni (eeuuwww)
Semalam/kelmarin saya terbaca satu entry dari sebuah blog tu tulis die teringin merasa ulat sagu. Tiba-tiba saya teringin pasal satu artikel yang saya ada baca pada tahun lepas, dari blog Jomfaham.blogspot.com (beliau merupakan salah seorang moderator agama web iluvislam)
Hukum Memakan
“. . .Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.” (Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab “Sabilal Muhtadin” dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38)
Pengecualian
Walaubagaimanapun masih ada pengecualian pengharaman ini (dari pendapat ulama Syafie)
Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai “termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali”. Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama – sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. (Sumber: kitab-kitab fiqh mu’tabar dalam mazhab seperti “Minhajuth Tholibin” halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada “Tuhfatul Muhtaj” juzuk 9 halaman 369 dan 445)
Gambar ulat mulong
Teringin nak makan? hehehe

Gambar dari heartless-no-soul.blogspot.com
Sumber asal artikel: Link
No comments:
Post a Comment